Keranaan bumi hijau
Pemandangan kg Karanaan…
Kampung Karanaan, Ranau
Nun jauh di sana, terdapat sebuah kampung yang indah dan permai. Persekitaran yang menghijau dan struktur tanah yang berbukit. Kampung Karanaan namanya. Di situ pokok-pokok dibiarkan tumbuh subur, kawasan hutan dijaga dan dipelihara untuk kepentingan generasi akan datang. Tumbuhan Flora dan fauna yang subur dan segar masih kelihatan. Di kala subuh embun masih mengelilingi dan memerangkap kawasan ini. Kelihatannya seperti suatu tempat yang belum pernah diterokai dan dihuni. Udaranya yang belum tercemar dan nyaman ini membuatkan penghuni kampung ini berasa sangat bertuah. Air sungainya mengalir dengan penuh keasyikkan tanpa pencemaran.
Kg Karanaan yang terletak kira-kira 40km dari Pekan Ranau ini merupakan salah sebuah kawasan yang sangat subur tanihnya. Pelbagai jenis tanaman ada ditanam di sini. Bersesuaianlah dengan pekerjaan utama penduduk iaitu petani. Di awal pagi lagi mereka akan ke kebun untuk bertani.
Adapun penduduk Kampung Karanaan ini bukan sahaja mahir dalam bertani malah mereka ini agak disegani dalam permainan bola tampar. Setiap kali kejohanan diadakan pasti Kampung ini akan memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan. Penguasaan kemahiran, teknik dan merancang strategi sangat berkesan. Dan sudah pastinya kejuaraan sering memihak kepada peserta kampung ini
Selain daripada itu, Kampung Karanaan ini juga berpotensi untuk dijadikan sebagai salah sebuah kawasan pelancongan dan penyelidikan. Seperti baru-baru ini kehadiran daripada satu agensi penyelidikan makanan membuat penyelidikan mengenai makanan tradisional masyarakat di sini. Kehadiran mereka sangat disenangi oleh penduduk kampung. Sifat ramah dan mesra penduduk menyebabkan kerjasama dan komunikasi antara mereka menjadi mudah dan disenangi.


