Archive for Mei, 2009

Jelajah Karanaan…

Jelajah Karanaan…

gene konvoi

Baru-baru ini satu aktiviti konvoi motosikal telah dibuat oleh penduduk Kampung Karanaan. Dengan sejumlah 19 buah motosikal dan sebuah kereta merentasi kawasan kampung sekitar yang mana dianggarkan kira-kira 50km jaraknya. Mereka telah bertolak seawal jam 9 pagi. Dari Kampung Karanaan mereka merentasi kampung Togudon, Kg Ratau, Kg Sesendaton, Kg Nagaya, Kg Piasau, Kg Sumalang, Kg Muakab, Kg Kemburongoh dan akhir sekali sampai ke Kampung Karanaan kira-kira jam 4 setengah petang.

 

Dalam jelajah ini mereka sempat untuk singgah sebentar di Kg Nagaya untuk bermain Sepak Takraw bersama penduduk di sana. Perlawanan persahabatan ini sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka di samping saling kenal-mengenali. Dalam pada itu juga, mereka juga sempat untuk megisi perut yang kosong dan lapar setelah penat berkonvoi.

 

Antara ahli konvoi ini ialah En Minin, En, Hafiz, En Ali, En Sabilin, En Sapari, En Razli, En Hapisin, En Aslin, En Rizwan, En Samsuri, En Sajirin, En wailin, En Rabinin, En Hais, En Pauriz, En Raili, En Hajin, En Sahinin dan beberapa orang lagi.

 

Comments (11) »