Sk keranaan,Ranau

Bertempat di sebuah kawasan yang penuh dengan kehijauan dan keasyikkan mata memandang… Sk Keranaan bertapak.

Sekolah Kebangsaan Keranaan,Ranau yang terletak kira-kira 40km dari Pejabat Pelajaran Daerah Ranau mula dibina pada awal tahun 1963. Penubuhan sekolah ini diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampuing Keranaan dengan sokongan padu Ketua Kampung yang berkhidmat ketika itu iaitu En. Sain Badas. Turut sama menjayakan penubuhan sekolah ini ialah En KArimin Minggor dan En Duasin Kampangang.

Pembinaan sekolah ini telah dimulakan sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Tuan Pegawai Daerah yang berkhidmat ketika itu iaitu En. JB Dusing dan dibina secara gotong royong oleh penduduk Kg Keranaan. Atas usaha murni dan semangat bekerjasama antara penduduk kampung sebuah pondok sekolah yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh telah didirikan. Keluasan sekolah ini ialah kurang 60×30 kaki.

Pondok sekolah oyang baru dibina ini dikenali sebagai Native Voluntary School Keranaan dan sesi pembelajaran bermula pada 24hb Ogos 1963. Bilangan murid yang bersekolah agak kurang iaitu hanya 30 orang dengan seorang tenaga pengajar.

Beberapa tahun kemudian, berlaku angin kencang yang merosakkan pondok sekolah ini. Oleh itu, balai raya Kg Keranaan telah digunakan sebagai bilik darjah untuk sementara waktu.

Pertambahan murid dari tahun ke tahun telah menarik perhatian kerajaan untuk memajukan lagi kemudahan yang ada. Oleh itu, pada tahun 1966, kerajaan telah memberi peruntukkan bagi pembinaan sebuah bangunan sekolah yang lebih selesa yang mengandungi du abilik darjah dan sebuah rumah guru didirikan. ini menjadikan bilangan bilik darjah bertambah sebanyak 3 buah termasuk bilik darjah di balai raya Kg Keranaan.

Pada tahun 1978, sekali lagi kerajaan telah memperuntukkan pembiayaan bagi pembinaan sebuah lagi bangunan sekolah yang lebih besar yang mengandungi tiga buah bilik darjah termasuk sebuah bilik guru dan seunit rumah guru. Pembinaan bangunan dan kemudahan sekolah bertambah dari semasa ke semasa untuk menjamin keselesaan sesi pengajaran dan pembelajaran demi merialisasikan sebuah sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lagu Sekolah

Berdiri megah

Indah sekolahku

Sk Keranaan namanya

Progresif Berwawasan

Moto Sekolahku

Panduan setiap murid

Guru-guru yang dedikasi

Murid yang berdisiplin

Sumpah dan ikrar

Kami lafazkan

Menuju Kecemerlangan.

Maju terus maju, terus maju

Melangkah ke hadapan, ke hadapan

Ke arah Kegemilangan.

 

VISI, MISI, MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEK .KEB.KERANAAN, RANAU

VISI

Sekolah Kebangsaan Keranaan menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2011.

 

MISI

Memperkembangkan potensi individu dalam kurikulum dan kokurikulum bagi memupuk sahsiah dan nilai murni serta sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan sistematik. Di samping mewujudkan persekitaran yang kondusif.

 

MATLAMAT

Memperkembangkan potensi murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

Memupuk sahsiah dan nilai murni dikalangan pelajar

Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan sistematik

Mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang kondusif

 

OBJEKTIF

Membina sikap positif murid terhadap peningkatan prestasi akademik

Membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan patuh kepada disiplin sekolah, masyarakat dan Negara.

Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mampu menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

Melahirkan pelajar yang kreatif terhadap usaha peningkatan ilmu demi kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Mewujudkan suasana sekolah yang selesa serta perhubungan yang harmoni di kalangan seluruh warga sekolah.

4 Responses so far »

  1. 1

    kalabatu said,

    Mac 22, 2009 @ 6:02 pm

    bagus benar sekolah ni..banyak tai ayam lag ka di sana itu

  2. 2

    Apis said,

    September 21, 2009 @ 3:31 pm

    sekolah yang sangat banyak sumbangan dan penuh nostalgia.. saya pelajar di sini.. 74 / 79…. Tahniah kpd mereka yg mengujudkan laman ini.. teruskan upload gambar2 dan info menarik ttg sekolah ini…

  3. 3

    sigu said,

    Oktober 6, 2009 @ 2:06 am

    teringat masa sekolah di sk karanaan dulu2. tukang kebun duduk goyang kaki main tah apa2 di beranda sekolah membiarkan budak2 membersihkan kawasan sekolah termasuk memotong rumput.
    teringat jg sekolah macam reban ayam. alaaaahai bekas sekolahku. harap2 tidak lagi seperti dulu2. apapun sk karanaan tetap di hati bak kata orang ‘tempat jatuh lagi dikenang……’

  4. 4

    krnaan gurlz said,

    Oktober 18, 2009 @ 9:35 pm

    ai kalabatu mana ada taie ayam cna..pandai2 sj kao ne

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image